---
title: "Terbaharu di SleekFlow: HubSpot data sync untuk meningkatkan keberkesanan kerja"
description: "Baca mengenai penyelesaian integrasi pesanan teks HubSpot SleekFlow. Tidak perlu mengimport dan mengeksport data dari HubSpot secara manual lagi."
canonical: "https://sleekflow.io/ms-my/blog/hubspot-contact-sync"
html_lang: "ms-my"
date_modified: "2024-10-21T02:37:04.155Z"
og_title: "Penyelesaian integrasi HubSpot"
og_description: "Baca mengenai penyelesaian integrasi pesanan teks HubSpot SleekFlow. Tidak perlu mengimport dan mengeksport data dari HubSpot secara manual lagi."
og_image: "https://images.ctfassets.net/tu2uwzoyozk8/60hZXfCb6wlHNzzbvcTZqN/f1e54468099e76f624cf77bf5b96d5f0/MY.jpg"
---

```json
{
  "@context": "https://schema.org",
  "@type": "BlogPosting",
  "headline": "Penyelesaian integrasi HubSpot",
  "description": "Baca mengenai penyelesaian integrasi pesanan teks HubSpot SleekFlow. Tidak perlu mengimport dan mengeksport data dari HubSpot secara manual lagi.",
  "url": "https://sleekflow.io/ms-my/blog/hubspot-contact-sync",
  "dateModified": "2024-10-21T02:37:04.155Z",
  "image": "https://images.ctfassets.net/tu2uwzoyozk8/60hZXfCb6wlHNzzbvcTZqN/f1e54468099e76f624cf77bf5b96d5f0/MY.jpg",
  "breadcrumb": {
    "@type": "BreadcrumbList",
    "itemListElement": [
      {
        "@type": "ListItem",
        "position": 1,
        "name": "Home",
        "item": "https://sleekflow.io/ms-my"
      },
      {
        "@type": "ListItem",
        "position": 2,
        "name": "Blog",
        "item": "https://sleekflow.io/ms-my/blog"
      },
      {
        "@type": "ListItem",
        "position": 3,
        "name": "Penyelesaian integrasi HubSpot",
        "item": "https://sleekflow.io/ms-my/blog/hubspot-contact-sync"
      }
    ]
  }
}
```

# Terbaharu di SleekFlow: HubSpot data sync untuk meningkatkan keberkesanan kerja

*Joy Liu — Head of Marketing*

kesalahan atau kesalahan dalam pangkalan data. 

Apabila anda menghantar mesej kepada pelanggan, pernahkah anda menemukan kesukaran untuk mengakses data pelanggan dari HubSpot? Walaupun HubSpot merupakan satu *tool* yang sangat berkesan untuk pemasaran masuk, tetapi ia boleh menjadi sesuatu yang mencabar apabila sumber dari HubSpot diperlukan di *channel* lain seperti WhatsApp kerana segala maklumat perlu dieksport dalam *spreadsheet*. Apabila berlaku sebarang pengeditan, ianya memakan masa yang lama dan menjadi kurang efisien apabila data perlu dimasukkan semula, diubah, dan dieksport lagi. Risiko untuk berlakunya kesilapan dan kesalahan dalam pangkalan data juga adalah besar.

![CRM Sosial untuk Keperluan Penjagaan Pelanggan](https://images.ctfassets.net/tu2uwzoyozk8/lVQ23ghPtYDLQRrbBDUiN/b967bd3bf6ce118ee18bcc5bcda21f39/crm-sosial.webp?fm=webp&q=75&w=1600)

Kami memahami bahawa *social commerce* yang sangat bergantung pada *chat* merupakan suatu perkara yang sangat baharu bagi kebanyakan peniaga. Membina hubungan yang baik dengan pelanggan baharu di WhatsApp, Instagram, atau pada platform-platform sosial yang lain mungkin bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, SleekFlow telah membuat lebih banyak [<u>integrasi CRM</u>](https://sleekflow.io/ms-my/social-crm) supaya anda boleh berinteraksi dengan pelanggan sedia ada yang setia dengan perniagaan anda melalui aplikasi pesanan segera.

Di SleekFlow, anda kini dapat membuat* HubSpot* *contact syncing * untuk memastikan semua suntingan dapat dikemas kini secara serentak. Dengan langkah yang mudah, anda dapat *synckan data* pelanggan anda di HubSpot dan SleekFlow dalam beberapa minit sahaja. Kemudian, anda dapat menarik data dari HubSpot dengan mudah dan seterusnya dapat melaksanakan strategi perdagangan sosial anda dengan integrasi HubSpot [<u>WhatsApp</u>](https://sleekflow.io/ms-my/channels/whatsapp-business-api), integrasi [<u>Facebook</u>](https://sleekflow.io/ms-my/channels/facebook-messenger) HubSpot, integrasi HubSpot Shopify, dan lain-lain lagi.

Tidak lama lagi, SleekFlow juga akan melancarkan rangkaian *tool* yang membolehkan pedagang mengakses *conversations*, aliran kerja atau *workflow* dan analitik di SleekFlow dari HubSpot. Ini adalah untuk memastikan anda dapat memantau kemajuan setiap team, perincian pelanggan, dan dapat membuat keputusan yang paling sesuai untuk perniagaan anda.

[How to sync HubSpot contacts on SleekFlow?](https://www.youtube.com/watch?v=h1rklBtDQ1I)

## Bagaimanakah cara untuk *syncing Hubspot contacts* di SleekFlow?

Secara keseluruhannya, proses untuk *synckan* kenalan SleekFlow dan HubSpot hanya mengambil masa 15 hingga 20 minit sahaja. Pertama, pilih butang ‘Tambah’ yang menghubungkan ke HubSpot di bawah ‘Saluran’ di SleekFlow. Selepas itu, anda perlu memberikan kebenaran kepada SleekFlow untuk mengakses sumber HubSpot dan pilih akaun HubSpot yang ingin anda sambungkan.

![Cara menyambungkan Hubspot dan SleekFlow](https://images.ctfassets.net/tu2uwzoyozk8/4BObjSV8iR8ykz9XT9voN2/222aad43da2da5a89caab7c99f8d0869/cara-integrasi-hubspot-sleekflow.webp?fm=webp&q=75&w=1600)

Ini adalah cara untuk membuat *sync* antara hubungan dua hala, jadi anda boleh mengkonfigurasi bentuk hubungan di SleekFlow dan HubSpot.

Berikutan dengan itu, anda boleh memetakan pengguna akaun SleekFlow dan HubSpot supaya diselaraskan untuk memastikan segala pengedaran kerja di antara rakan sepasukan jelas merentasi semua saluran.

![Cara Memetakan Pengguna HubSpot dan SleekFlow](https://images.ctfassets.net/tu2uwzoyozk8/1Ur4xnDVNTdHFaQHln6Utf/7f14064c826495594c87a80bf04bf41a/Cara-memetakan-pengguna-hubspot.webp?fm=webp&q=75&w=1600)

Untuk memberi tumpuan kepada kumpulan pelanggan tertentu di SleekFlow, anda juga boleh menyediakan penapis untuk *synckan* kenalan terpilih ke SleekFlow.

Mulai sekarang, segala sejarah pesanan, sejarah penyemakan imbas, komunikasi e-mel, dan banyak lagi dapat diambil dari [<u>peti masuk omnichannel</u>](https://sleekflow.io/ms-my/inbox) SleekFlow.

**Sambungkan HubSpot CRM anda ke SleekFlow sekarang\.**

## Tentang ‘Terbaharu di SleekFlow’

‘Terbaharu di SleekFlow’ adalah siri yang memperkenalkan ciri terbaharu SleekFlow yang dikembangkan berdasarkan maklum balas pelanggan. Baharu di SleekFlow? Mulakan dengan mendaftar ke akaun perniagaan atau menempah demo dan berbincang dengan pakar kami untuk melihat bagaimana jenama anda dapat berkembang maju dengan perdagangan sosial! 

*Anda mempunyai permintaan feature di SleekFlow? Kirimkan idea anda dengan mengisi *[<u>*borang ini*</u>](https://share.hsforms.com/1AVHQu7_4T0uxoraVH4bjtQcdz4m)*.*

*Sekiranya anda merupakan pelanggan SleekFlow yang sentiasa ada bersama kami, kami sangat menghargai *[<u>*ulasan ringkas di sini *</u>](https://www.g2.com/products/sleekflow/reviews/start?return_to=https%3A%2F%2Fwww.g2.com%2Fproducts%2Fsleekflow%2Ftake_survey)*berdasarkan pengalaman anda setakat ini!*

*Ketahui kemas kini produk kami sebelumnya di *[<u>*Salesforce contact sync*</u>](https://sleekflow.io/ms-my/blog/product-updates-salesforce-contacts-sync)* di sini.*
