---
title: "Terbaharu di SleekFlow: sync Salesforce contacts, leads, dan peluang Salesforce untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti"
description: "Ketahui cara untuk membuat contact sync Salesforce di SleekFlow dan menguruskan komunikasi bersama pelanggan di WhatsApp, Instagram, Telegram dan lain-lain."
canonical: "https://sleekflow.io/ms-my/blog/product-updates-salesforce-contacts-sync"
html_lang: "ms-my"
date_modified: "2025-08-29T08:53:59.412Z"
og_title: "Synckan kenalan, leads, dan peluang Salesforce"
og_description: "Ketahui cara untuk membuat contact sync Salesforce di SleekFlow dan menguruskan komunikasi bersama pelanggan di WhatsApp, Instagram, Telegram dan lain-lain."
og_image: "https://images.ctfassets.net/tu2uwzoyozk8/60hZXfCb6wlHNzzbvcTZqN/f1e54468099e76f624cf77bf5b96d5f0/MY.jpg"
---

```json
{
  "@context": "https://schema.org",
  "@type": "BlogPosting",
  "headline": "Synckan kenalan, leads, dan peluang Salesforce",
  "description": "Ketahui cara untuk membuat contact sync Salesforce di SleekFlow dan menguruskan komunikasi bersama pelanggan di WhatsApp, Instagram, Telegram dan lain-lain.",
  "url": "https://sleekflow.io/ms-my/blog/product-updates-salesforce-contacts-sync",
  "dateModified": "2025-08-29T08:53:59.412Z",
  "image": "https://images.ctfassets.net/tu2uwzoyozk8/60hZXfCb6wlHNzzbvcTZqN/f1e54468099e76f624cf77bf5b96d5f0/MY.jpg",
  "breadcrumb": {
    "@type": "BreadcrumbList",
    "itemListElement": [
      {
        "@type": "ListItem",
        "position": 1,
        "name": "Home",
        "item": "https://sleekflow.io/ms-my"
      },
      {
        "@type": "ListItem",
        "position": 2,
        "name": "Blog",
        "item": "https://sleekflow.io/ms-my/blog"
      },
      {
        "@type": "ListItem",
        "position": 3,
        "name": "Synckan kenalan, leads, dan peluang Salesforce",
        "item": "https://sleekflow.io/ms-my/blog/product-updates-salesforce-contacts-sync"
      }
    ]
  }
}
```

# Terbaharu di SleekFlow: sync Salesforce contacts, leads, dan peluang Salesforce untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti

*Joy Liu — Head of Marketing*

*Upgradekan* [<u>CRM sosial</u>](https://sleekflow.io/ms-my/social-crm) SleekFlow dengan *feature* yang terkini! Dengan berintegrasi bersama [<u>Salesforce</u>](https://www.salesforce.com) iaitu sebagai penyedia perkhidmatan CRM terbesar di dunia, pengguna dapat mengimport kenalan, *leads*, dan peluang Salesforce ke SleekFlow. Pengguna juga dapat berkomunikasi dengan pelanggan secara langsung melalui [<u>*WhatsApp Business API*</u>](https://sleekflow.io/ms-my/channels/whatsapp-business-api), WeChat, Instagram DM, Facebook Messenger, Telegram, dan banyak lagi untuk memandu *conversion* daripada pelanggan yang sedia ada, membuat kempen penargetan semula yang berkesan, dan menawarkan sokongan pelanggan segera dengan ketepatan yang tinggi.

[4 things you should know about Salesforce WhatsApp integration](https://www.youtube.com/watch?v=y9-wtjgX4HM)

Dengan *feature* yang baharu ini, anda tidak perlu lagi risau pelanggan akan kehilangan *broadcasted e-mel* atau kehilangan trek penjualan lintas saluran (*cross-channel sales*). Untuk menghantar mesej kepada pelanggan, anda boleh memilih saluran komunikasi mengikut pilihan mereka. Adakah anda masih memikirkan bagaimana cara untuk menarik pelanggan dengan kandungan mesej yang menarik? Anda hanya perlu merujuk rekod, menganalisis perjalanan dan tujuan pembelian mereka untuk mewujudkan pengalaman pelanggan yang sempurna. Selain daripada itu, anda juga dapat memantau penjualan yang dihasilkan daripada *conversation* dan melihat semua jejak interaksi secara dalam talian dan luar talian pada *single interface *di sebelah *chatbox*. Anda boleh terus membuat pembacaan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara untuk mencapai matlamat perdagangan sosial anda dengan menyesuaikan strategi terbaik menggunakan analisis!

> CRM sosial dapat meningkatkan kesetiaan pelanggan dan pendapatan penjualan masing-masing sebanyak 55% dan 54%.- [<u>**Salesforce**</u>](https://www.salesforce.com/ap/learning-centre/crm/social-crm/)

## Gunakan pangkalan data Salesforce untuk menguatkan strategi perdagangan sosial anda di SleekFlow

Memandangkan pakej *standard* Salesforce tidak menyediakan integrasi untuk aplikasi pesanan, adakah anda menghadapi masalah seperti yang berikut?

- Kadar balasan yang sangat rendah untuk kempen e-mel, menyebabkan kesukaran untuk menyaring *leads* yang berkualiti. Sumber pelanggan tidak menyumbang secara efektif kepada *sales team* anda.
- Sebaik sahaja pelanggan beralih ke saluran komunikasi lain misalnya dari e-mel ke WhatsApp, anda akhirnya terus kehilangan peluang untuk mendorong lebih banyak *conversion* daripada pelanggan yang sedia ada.
- Apabila pelanggan di kedai meninggalkan pesanan peribadi kepada jurujual, aktiviti penjualan dan kemajuan tidak direkodkan, *conversion* juga gagal untuk dijejaki.
- Perkhidmatan pelanggan secara dalam talian yang perlahan atau tidak cekap kerana kekurangan butiran untuk pelanggan yang sedia ada.

Untuk menyelesaikan masalah ini, SleekFlow telah mengembangkan *feature* terbaharu untuk pengguna Salesforce Edisi Perusahaan (*Salesforce Enterprise Edition*), Edisi Tanpa Had (*Unlimited Edition*), Edisi Pemaju (*Developer Edition*), Edisi Prestasi (*Performance Edition*), dan Edisi Profesional (*Professional Edition)* dengan tambahan integrasi API yang dibeli untuk menyambung ke SleekFlow dengan kemudahan dan produktiviti.

### Kumpulkan maklumat pelanggan secara serentak di Salesforce dan SleekFlow dengan membuat *data sync*

Dengan mengintegrasikan Salesforce CRM anda dengan SleekFlow, kenalan di kedua-dua platform dapat diselaraskan dan seterusnya dapat mengembangkan pangkalan data CRM untuk syarikat anda.

![Memetakan kenalan Salesforce dan SleekFlow](https://images.ctfassets.net/tu2uwzoyozk8/6eRJGP87AdUClailRX7hr2/8d40759435fbfbc83a247ea149701d59/kenalan-salesforce-sleekflow.jpeg?fm=webp&q=75&w=1600)

*Contact syncing* di SleekFlow dan Salesforce merupakan suatu proses yang mudah kerana anda hanya perlu menyambung ke akaun Salesforce anda di saluran SleekFlow dan membenarkan SleekFlow untuk mengimport dan menyimpan maklumat daripada Salesforce. SleekFlow kemudian akan menggunakan nombor telefon atau alamat e-mel pelanggan sebagai sifat utama dan menggabungkan kenalan secara automatik.

Daripada penyesuaian tetapan, anda juga dapat mengedit bahagian tertentu yang dipetakan antara Salesforce dan SleekFlow; sebagai contoh, kategori ‘Keahlian’ di Salesforce boleh diubah menjadi kategori ‘VIP’ di SleekFlow. Setiap kali status keahlian pelanggan diubah suai di Salesforce, dengan secara automatiknya SleekFlow akan mendapat update tersebut.

### Akses maklumat pelanggan Salesforce di sebelah chatbox SleekFlow

![Hubungi peluang Salesforce di SleekFlow](https://images.ctfassets.net/tu2uwzoyozk8/2DuPKARRH6dQnED2K6fOBN/39ca3e8831ed0321e896f6308d2ef109/peluang-salesforce-sleekflow.png?fm=webp&q=75&w=1600)

Dengan satu kenalan Salesforce sahaja boleh membawa banyak “peluang” yang bergantung pada minat pembelian mereka. Peti masuk omnichannel SleekFlow memudahkan proses penjualan dengan menunjukkan semua “peluang” dalam satu *interface* sahaja, tidak seperti peti masuk e-mel yang tidak memaparkan profil pelanggan yang lengkap.

**Sambungkan akaun Salesforce anda ke SleekFlow dan synckan semua kemas kini kenalan secara serentak untuk meningkatkan conversion dan mempercepat penjualan\.**

## Faedah Salesforce dan *contact syncing* SleekFlow

### 1. Menukarkan peluang menjadi pendapatan dengan cepat

Kitaran penjualan yang terlalu lama akan mengakibatkan perniagaan kehilangan *leads*. Oleh kerana perjalanan pembeli merangkumi penemuan produk, penyelidikan/penerokaan, pengujian, perbandingan jenama, dan langkah-langkah lain, kelewatan pada mana-mana bahagian proses seperti yang dinyatakan di atas sering menyebabkan kehilangan *conversion*, terutamanya untuk peruncit yang melibatkan penjualan seperti penjualan kenderaan, perabot, elektronik, dan barangan mewah.

80% mesej WhatsApp [<u>dibaca 5 minit setelah dihantar</u>](https://www.telemediaonline.co.uk/guest-opinion-whatsapp-business-opening-up-new-business-messaging/), dan kajian menunjukkan bahawa kebanyakannya akan membalas mesej WhatsApp dalam masa 60 saat. Sebaliknya, purata untuk membuka e-mel hanya 20%, dan penerima e-mel biasanya [<u>mengambil masa 10 jam</u>](https://www.prnewswire.com/news-releases/average-email-response-time-for-professionals-is-about-3-5-hours-new-study-by-emailanalytics-finds-301241703.html) untuk membalas.

Dengan integrasi Salesforce, perniagaan kini dapat menghubungi *leads* yang dikumpulkan daripada pelbagai saluran di SleekFlow. Oleh kerana aplikasi pesanan berkesan untuk memahami tujuan pembelian pengguna, ia sekali gus membantu untuk menyaring bakal pelanggan dengan lebih mudah. Tidak kira sama ada *leads* tersebut datang dari laman web, kedai fizikal, atau iklan, ciri komprehensif SleekFlow akan dapat menarik perhatian mereka tepat pada waktunya.

Sebagai contoh, John merupakan pelanggan anda yang mengisi borang utama dari Salesforce di laman web anda untuk bertanya mengenai set sistem bunyi yang dijual. Secara automatik, SleekFlow akan menghantar mesej WhatsApp yang diperibadikan dengan mengatakan, “Terima kasih atas pertanyaan anda, John! Kami telah menerima permintaan anda. Ejen perkhidmatan pelanggan profesional kami akan menghubungi anda dalam masa 24 jam”. Tetapan automatik juga akan [<u>memberikan conversation kepada teammates tertentu</u>](https://sleekflow.io/ms-my/flow-builder) untuk diambil tindakan lanjut seperti menghantar katalog produk atau membuat janji temu untuk ujian audio.

![Pemesejan Salesforce mendahului dengan SleekFlow](https://images.ctfassets.net/tu2uwzoyozk8/5I0P2HX5gI0qH8NFrN5CYd/d1d978ccdcb74d2d4310efa89bd4bb37/salesforce-contact-message-sleekflow.webp?fm=webp&q=75&w=1600)

Selain daripada itu, [<u>*SleekFlow Chatbot*</u>](https://sleekflow.io/ms-my/live-chat) juga dapat *disynckan* dengan pangkalan data Salesforce anda. Dengan menyediakan beberapa soalan lazim yang ringkas, anda dapat memahami sepenuhnya maksud pelanggan anda iaitu sama ada mereka ingin membeli kereta baru atau membuat janji temu untuk servis kereta, model kereta yang mereka minati, anggaran, lokasi, dan lain-lain. Selain daripada itu, maklumat pelanggan yang dikumpulkan oleh *chatbot* dapat digunakan untuk segmentasi dan komunikasi yang tepat. Sebaik sahaja mereka meninggalkan laman web, *conversation* akan diberikan kepada rakan sekerja dari kedai yang paling sesuai di mana jurujual dapat berinteraksi dengan lebih mendalam dengan pelanggan di saluran pesanan pilihan mereka melalui SleekFlow.

### 2. Kembangkan strategi penargetan semula yang berkesan dari data pelanggan yang sedia ada

Pada tahun 2022, pengguna menghabiskan purata [<u>147 minit</u>](https://www.statista.com/statistics/433871/daily-social-media-usage-worldwide/) di media sosial pada setiap hari. Sebagai pemilik kepada sesuatu jenama, adakah anda juga berusaha untuk menjaga hubungan erat dengan pelanggan yang sedia ada melalui media sosial?

Cabarannya adalah untuk menarik dan berhubung dengan pelanggan anda di platform media sosial.

Melalui SleekFlow, anda dapat [<u>membuat mesej blast (broadcast messages) yang diperibadikan</u>](https://www.statista.com/statistics/433871/daily-social-media-usage-worldwide/) kepada kenalan Salesforce anda. Strategi seperti ini dapat memaksimumkan kemudahan bagi pelanggan kerana ia membolehkan mereka berkomunikasi dengan jenama kegemaran mereka melalui saluran media sosial pilihan mereka. Sebagai contoh, pelanggan yang membeli kereta baharu pada dua tahun yang lalu berkemungkinan besar memerlukan servis pada masa ini. Untuk membuka peluang penjualan sekali gus untuk mengembangkan pengalaman jenama anda, anda boleh membuat *broadcast messages *bertema Krismas yang dilampirkan sekali aksesori terkini atau alat ganti dengan diskaun untuk model keretanya.

[<u>Kajian</u>](https://hbr.org/2014/10/the-value-of-keeping-the-right-customers) telah menunjukkan bahawa kadar kejayaan pemerolehan pelanggan pada umumnya berkisar antara 5% hingga 20%, tetapi meningkat dari 60% hingga 70% untuk pelanggan yang ditargetkan semula. Dengan setiap 5% pengekalan pelanggan, keuntungan dapat ditingkatkan hingga 25%.

### 3. Jejaki hasil kempen di seluruh saluran

Berikut adalah senario yang mungkin tidak *familiar* pada anda:

Seorang pelanggan membuat pesanan melalui WhatsApp atau WeChat setelah membuat perbandingan harga dari beberapa kedai fizikal. Walaupun urus niaga telah berjaya diselesaikan, tetapi tidak ada cara untuk mengetahui siapakah jurujual yang telah berjaya meyakinkan pelanggan tersebut. Dalam kes ini, jalan keluar yang manakah harus dipilih?

> 86% pengguna membuat pembelian melalui sekurang-kurangnya dua saluran. - [<u>**CommerceHub**</u>](https://www.commercehub.com)

Integrasi Salesforce membolehkan pengguna memeriksa semua ‘peluang yang berkaitan’ dari kenalan tertentu di SleekFlow, termasuk *outlet* yang mereka kunjungi atau produk yang mereka uji. Ini kemudian membolehkan pengurus projek memasuki perbualan dalam talian, memberikan perincian perjalanan pelanggan untuk jurujual menawarkan bantuan segera secara konsisten sambil mengesan keberkesanan kempen pemasaran di saluran secara dalam talian dan luar talian.

Bayangkan, anda mempunyai pelanggan di pameran perabot anda. Setelah mencuba tilam, dia menghubungi jurujual melalui WhatsApp untuk pertanyaan. Jurujual menerima mesej di SleekFlow, mengakui bahawa pelanggan kini berada pada tahap peluang ‘Rundingan / Ulasan’, dan menawarkan maklumat mengenai penghantaran dan pemasangan percuma. Setelah pelanggan mengesahkan pesanannya, jurujual dapat [<u>menghantar pautan pembayaran segera</u>](https://sleekflow.io/ms-my/payment-links) melalui *inbox* SleekFlow. Setelah transaksi selesai, ia akan ditandai sebagai peluang *‘Closed Won’ *di Salesforce. 

Seperti yang digambarkan di atas, keseluruhan proses penjualan di saluran secara dalam talian dan luar talian dapat direkodkan, daripada ujian tilam hingga pembayaran, termasuk masa yang diambil dan sumber yang dibelanjakan untuk menyelesaikan penjualan.

![QR Code WhatsApp untuk Salesforce Sleekflow](https://images.ctfassets.net/tu2uwzoyozk8/6RgJeqSjTmTt4ltOl5SSGD/e1791791cf2b7af8d3a9bb84807096d5/QR-code-WhatsApp-untuk-Salesforce-Sleekflow.webp?fm=webp&q=75&w=1600)

**Sesuaikan kod QR WhatsApp di mana pelanggan dapat menghubungi jurujual tertentu semasa mengimbas, kerana butirannya disimpan di SleekFlow dan Salesforce secara serentak\.**

### 4. Tawarkan sokongan pelanggan segera dengan ketepatan tinggi

Apabila pelanggan menghubungi *team* sokongan pelanggan di media sosial, ejen perkhidmatan pelanggan anda akan dapat mengakses semua maklumat terkini di *chatbox* SleekFlow tanpa kehilangan informasi terkini yang menawarkan sokongan dengan kecekapan dan ketepatan.

![Sokongan pelanggan WhatsApp Premium dengan membuat sync Salesforce](https://images.ctfassets.net/tu2uwzoyozk8/3UkSrHF0fmmniAN4o451bS/b83a9d42507c3949d953e9019c9c39e7/whatsapp-customer-salesforce-sync.webp?fm=webp&q=75&w=1600)

## Ciri bonus: penyamaran maklumat hubungan untuk perlindungan data

Setiap maklumat yang disampaikan antara pelanggan dan jurujual adalah aset syarikat yang tidak ternilai. Kerana itu, SleekFlow menyediakan penyelesaian kepada penyamaran maklumat hubungan supaya jurujual dapat terus bekerja dengan lancar tanpa mengakses nombor telefon, alamat e-mel, dan maklumat peribadi pelanggan. Dalam erti kata lain, walaupun jurujual melompat dari kapal, hubungan antara pelanggan dan sejarah perbualan akan tetap bersama syarikat. Lebih-lebih lagi, data dan metrik berharga seperti produk yang diminati dan kaedah komunikasi pilihan akan dijamin di Salesforce dan SleekFlow untuk analisis, memastikan bahawa perniagaan berada dalam kawalan penuh terhadap semua maklumat pelanggan.

### Synckan kenalan anda dengan integrasi Salesforce CRM di SleekFlow

![You can now connect your Salesforce account to SleekFlow on Salesforce AppExchange](https://images.ctfassets.net/tu2uwzoyozk8/4T9axOAKNe9tZQHvTmswoB/2c7d5d266deb0b97bfebfc772e8b3e54/___2024-07-03___8.55.06.png?fm=webp&q=75&w=1600)

Kini, anda boleh menyambungkan akaun Salesforce anda dengan SleekFlow di [<u>Salesforce AppExchange</u>](https://appexchange.salesforce.com/appxListingDetail?listingId=a0N4V00000DZIiSUAX).  Anda boleh berkomunikasi dengan pelanggan pada saluran sosial pilihan mereka dan akses data contacts, leads, dan peluang Salesforce betul-betul di sebelah kotak perbualan secara serentak di SleekFlow.

## Tentang ‘Terbaharu di SleekFlow’

‘Terbaharu di SleekFlow’ adalah siri yang memperkenalkan ciri terbaharu SleekFlow yang dikembangkan berdasarkan maklum balas pelanggan. Baharu di SleekFlow? Mulakan dengan mendaftar ke akaun perniagaan atau menempah demo dan berbincang dengan pakar kami untuk melihat bagaimana jenama anda dapat berkembang maju dengan perdagangan sosial! 

*Anda mempunyai permintaan feature di SleekFlow? Kirimkan idea anda dengan mengisi *[<u>*borang ini*</u>](https://share.hsforms.com/1AVHQu7_4T0uxoraVH4bjtQcdz4m)*.*

*Sekiranya anda merupakan pelanggan SleekFlow yang sentiasa ada bersama kami, kami sangat menghargai *[<u>*ulasan ringkas di sini*</u>](https://www.g2.com/products/sleekflow/reviews/start?return_to=https%3A%2F%2Fwww.g2.com%2Fproducts%2Fsleekflow%2Ftake_survey)* berdasarkan pengalaman anda setakat ini!*

*Ketahui update mengenai produk kami di *[<u>*Powerful Comment Auto Reply pada Facebook dan Instagram*</u>](https://sleekflow.io/ms-my/blog/product-update-instagram-facebook-auto-reply-comment)* di sini!*
