Senarai kandungan

Pautan WhatsApp (WhatsApp Link): panduan ringkas untuk link WhatsApp “click-to-chat”

Pautan WhatsApp (WhatsApp Link): panduan ringkas untuk link WhatsApp “click-to-chat”

WhatsApp merupakan sebuah aplikasi yang telah membawa perubahan yang besar dalam industri periklanan di media sosial. Walaupun Whatsapp merupakan aplikasi pilihan bagi setiap individu untuk berhubung, namun kebanyakan peniaga masih lagi sukar untuk mendapatkan pelanggan yang memulakan sebarang interaksi dengan perniagaan mereka. Ini adalah kerana, memulakan interaksi atau conversations merupakan suatu perkara yang melecehkan bagi pelanggan memandangkan mereka perlu menyimpan nombor telefon perniagaan sebelum memulakan sebarang conversations.

Jadi, kali ini kami membawakan berita baik untuk kedua-dua belah pihak – Tanpa perlu melibatkan thirdy-party tool, WhatsApp telah membolehkan pengguna untuk menghantar pesanan mesej kepada kenalan tanpa perlu menyimpan nombor mereka. Sekiranya akaun WhatsApp anda aktif dengan nombor telefon yang sah, anda boleh membuat pautan “click-to-chat”. Kemudian, pelanggan akan bebas untuk memulakan chat dengan team anda. Dalam artikel ini, SleekFlow akan menjelaskan kepada anda dengan lebih mendalam mengenai pautan WhatsApp, mengapa dan bagaimana untuk menggunakannya dan kami juga akan menunjukkan contoh results yang terbaik kepada anda.

Alat percuma: Pautan WhatsApp dan penjana kod QR dari SleekFlow 

Secara ringkasnya, pautan WhatsApp adalah URL yang digunakan untuk memulakan sebarang perbualan di WhatsApp. Dengan hanya mengklik pada pautan, perniagaan atau pelanggan tidak perlu menyimpan nombor sebelum memulakan perbualan.

Feature ini berfungsi pada telefon bimbit dan laman web. Anda boleh meletakkan pautan pada gambar atau pada platform-platform yang lain mengikut keperluan perniagaan anda.

Pautan “click-to-chat” kebiasaannya terdiri daripada dua bahagian iaitu: pautan standardt dan nombor telefon anda.

https://wa.me/

Sebagai contoh, jika nombor telefon anda adalah 12 223 4567 dengan kod negara + 60, pautan WhatsApp anda akan menjadi https://wa.me/60112234567. 

Untuk mengelakkan pautan anda tidak boleh digunakan, anda dilarang untuk memasukkan special characters seperti tanda kurung dan tanda sempang semasa mengisi nombor telefon anda.

2. Direct link dengan mesej yang telah diisi sebelumnya (pre-filled link)

Apabila anda mengklik pada jenis pautan WhatsApp ini, secara automatik templat mesej akan muncul pada ruangan teks. Formatnya adalah seperti di bawah:

https://wa.me/?text=<pre-filled message>

Anggap sahaja nombor telefon kekal sama dengan mesej alu-aluan “Hello, saya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan WhatsApp API anda”.

Pautan anda akan menjadi:

https://wa.me/85264522442?text=Hello ,+saya+berminat+untuk+mengetahui+dengan+lebih+lanjut+mengenai+perkhidmatan +WhatsApp+API+anda.

3. Pre-filled link sahaja

Pre-filled link juga boleh digunakan untuk menghantar mesej blast atau broadcast messages. Anda hanya perlu memilih kepada siapa broadcast messages tersebut akan dihantar setelah membuka pautan.

https://wa.me/?text=

Sekiranya mesej anda adalah “Terima kasih kerana telah mendaftar!”, anda perlu menaip https://wa.me/?text=Terima+kasih+kerana+telah+mendaftar!

Pautan akan membawa anda ke senarai kenalan.

Kemudian, anda boleh memilih kepada siapa mesej tersebut akan dikirimkan.

Fungsi utama pautan WhatsApp adalah untuk membolehkan pelanggan berinteraksi dengan anda. Kini, dengan hanya satu klik, pelanggan dapat menghantar mesej pertama kepada anda tanpa perlu mengisi form atau menghantar e-mel. Fungsi ini sememangnya dapat membantu anda untuk meningkatkan lead dan sales. Sebagai seorang peniaga, anda harus menjadikan perniagaan anda sebagai satu perniagaan yang mudah untuk dihubungi agar dapat melahirkan pelanggan yang setia dengan perniagaan anda.

Anda juga perlu mendorong pelanggan untuk mengajukan soalan dengan betul. Caranya adalah dengan memasukkan teks mesej yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Kebiasaanya, peniaga mengambil masa yang lama untuk sebarang tindakan susulan daripada pertanyaan pelanggan. Ini adalah kerana, pertanyaan pelanggan sukar untuk difahami kerana soalan yang ditanya tidak jelas dan kurang spesifik. Oleh itu, teks mesej yang telah diisi atau ditetapkan sebelumnya dapat membantu pelanggan untuk menyusun mesej mengikut keselesaan mereka.

Satu lagi feature pautan WhatsApp ialah multiform— boleh digunakan sebagai hyperlink atau kod QR yang boleh disatukan dalam satu gambar atau dalam bentuk GIF. Anda juga boleh memasukkan URL dalam sebarang bentuk yang disukai termasuklah dalam laman web, banner ads, logo atau e-mel, dengan butang CTA yang sempurna.

Cara untuk membuat Pautan WhatsApp tanpa alat

Anda boleh membuat pautan WhatsApp di WhatsApp Business App, pergi ke Tetapan > Alat Perniagaan > Pautan Ringkas.

WhatsApp Link Generator di Aplikasi WhatsApp Business

Anda boleh menyalin hyperlink yang ditunjukkan pada landing page atau anda juga boleh menambah mesej yang telah dikostum. Format pautan akan menjadi 

https://wa.me/message/kod anda.

Walau bagaimanapun, butang ini tidak tersedia pada WhatsApp biasa. Sekiranya anda ingin membuat URL, anda boleh merujuk bahagian ini: Jenis Pautan WhatsApp.

Platform untuk meletakkan Pautan WhatsApp

1. Laman web

Menambah pautan WhatsApp ke laman web anda adalah salah satu jalan yang paling berkesan untuk perniagaan anda. Daripada hanya menggunakan pautan yang biasa, anda boleh menjadi lebih kreatif dengan meletakkan ayat yang menarik seperti “Hubungi Kami di WhatsApp” atau “ 24/7 Sokongan di WhatsApp”.

2. Halaman media sosial (Social media pages)

Kebanyakan platform di media sosial menggalakkan perniagaan untuk meletakkan laman web pada pages mereka. Sekiranya pelanggan anda lebih gemar untuk menghantar direct messages kepada anda daripada melayari sendiri, anda boleh meletakkan pautan “Click-to-chat” anda di sini. Malah, Facebook memberi pilihan kepada perniagaan untuk menambahkan butang WhatsApp di pages mereka: pergi ke halaman Facebook anda, klik pada Tambah butang > WhatsApp > Siapkan nombor WhatsApp dan selesai.

3. Catatan media sosial (Social media posts)

Sekiranya anda ingin menggalakkan traffic ke ruangan chat di WhatsApp anda, anda harus meletakkan pautan anda di semua platform yang aktif. Selain daripada post biasa, anda juga boleh meletakkan pautan di Story dan CTA. Anda boleh mengesan jangkauan (reach), penglibatan (engagement), dan bilangan klik-tayang (click-through) di backstage untuk melihat bagaimana pautan ini membantu perniagaan anda.

4. Profil Google 

Profil Perniagaan Google yang lengkap dapat membantu dalam kewujudan jenama anda dan juga prestasi mesin pencari (search engine performance). Oleh itu, anda jangan sesekali mengabaikan kepentingan untuk meletakkan pautan “click-to-chat” di profil syarikat anda.

SleekFlow: memenuhi potensi penuh WhatsApp Link

Menggunakan widget chat di laman web anda adalah kaedah terbaik untuk mendapatkan lebih banyak chats dan mengubah daripada seorang pengunjung menjadi seorang pelanggan. Widget chat merujuk kepada kotak kecil di sudut laman web anda. Dengan mengklik bubbles, kotak chat akan terus muncul dan pelanggan dapat memulakan conversation dengan mudah.

Integrasi sembang web Salesforce di SleekFlow
Sembang Langsung ke WhatsApp

Sebagai sebuah platform pesanan perdagangan sosial terkemuka dan Penyedia Penyelesaian Perniagaan WhatsApp rasmi (BSP) yang ditugaskan oleh Meta, SleekFlow telah membantu pelbagai perniagaan untuk mengaktifkan “Live Chat Widget” di laman web mereka, termasuklah di WhatsApp, Facebook Messenger, Instagram DM, Telegram, WeChat, dan banyak lagi. Dengan SleekFlow, anda dapat berkomunikasi dengan mudah bersama dengan pelanggan anda.

Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan secara sepenuhnya akaun WhatsApp Business!

Soalan Lazim




Disyorkan untuk anda

Majukan perniagaan anda dengan SleekFlow

Persediaan Segera. Percuma buat selama-lamanya.