Kini, SleekFlow merupakan Penyedia Penyelesaian Perniagaan WhatsApp atau Business Solution Provider (BSP) secara rasmi

SleekFlow merupakan WhatsApp Business Solution Provider (BSP) yang rasmi di Malaysia

SleekFlow, sebuah platform omnichannel yang membolehkan perjalanan perdagangan sosial yang lengkap melalui perbualan, kini telah menjadi Penyedia Penyelesaian Perniagaan WhatsApp secara sah. Sebagai penyedia WhatsApp for Business API rasmi, SleekFlow menawarkan penyelesaian kepada WhatsApp Business API dengan infrastruktur yang terbaik agar para peniaga dapat memberikan pengalaman yang menakjubkan kepada pelanggan di WhatsApp for Business. 

“Mesej merupakan jalan utama bagi setiap perniagaan untuk berkomunikasi dengan pelanggan mereka. Terdapat lebih daripada satu bilion pengguna yang telah berhubung dengan akaun perniagaan di seluruh perkhidmatan pesanan Meta pada setiap minggu, dan bilangan ini akan terus meningkat. Pada awal tahun ini, kami telah membuka Platform Perniagaan WhatsApp (WhatsApp Business Platform) untuk mana-mana perniagaan di seluruh dunia agar mereka dapat memulakan WhatsApp dalam beberapa minit sahaja– mengeratkan hubungan dengan pelanggan, mendorong penjualan, dan memberikan sokongan dengan cara yang cekap dan menyenangkan” kata Matthew Idema, VP Pemesejan Perniagaan di Meta.

“Kami tahu betapa pentingnya untuk bertindak dengan pantas ketika menjual”, kata Henson Tsai, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif SleekFlow. “Pelanggan kami sering memberitahu kami mengenai proses yang menyusahkan ketika mengintegrasikan WhatsApp Business Platform. Ini adalah antara sebab mengapa kami sebagai Penyedia Penyelesaian Perniagaan WhatsApp kini menawarkan onboarding yang mudah untuk diakses. Anda boleh menguji peti masuk yang hebat ini dengan hanya 3 minit sahaja. Kami mempunyai team dari seluruh dunia, termasuk Hong Kong, Singapura, Malaysia, Indonesia, Brazil, UK, dan Eropah, untuk membantu meningkatkan produktiviti perniagaan anda.”

1. Tingkatkan kempen broadcast messages WhatsApp anda dengan Cloud API

SleekFlow dengan menggunakan Cloud API di bawah kelolaan Meta pada WhatsApp Business Platform dapat menyokong sehingga 80 mesej sesaat ketika mengirim atau menerima teks dan media. Bahkan, perusahaan boleh meminta sehingga 500 MPS (pesanan sesaat) untuk menguruskan perbualan WhatsApp dalam jumlah yang besar dengan lancar. Ini dapat memastikan bahawa kempen WhatsApp Broadcast dijalankan dengan berkesan dalam jangka waktu yang singkat. 

“Kebiasaannya, pelanggan tidak membuat pesanan di laman web e-dagang tetapi mereka lebih cenderung untuk membuat pesanan di WhatsApp. Ada ketika, jumlah pertanyaan di WhatsApp meningkat dengan cepat. Pihak kami tahu bahawa kita semua memerlukan satu jalan penyelesaian untuk meningkatkan interaksi dengan pelanggan. Penyelesaian yang dibawakan oleh SleekFlow benar-benar dapat menyelesaikan masalah kerana orang tidak lagi membaca e-mel. WhatsApp merupakan saluran yang belum benar-benar dimanfaatkan sedangkan kadar bacaan dan kadar jawapan jauh lebih tinggi berbanding dengan e-mel”, kata Julien de Préaumont, pengasas Le Dessert. “Manfaat perdagangan percakapan adalah membolehkan perniagaan tempatan mempunyai jangkauan ke peringkat global. Saya tahu segala-galanya akan berubah sekiranya pembayaran kad kredit diterima dalam WhatsApp”.

Le Dessert menggunakan kempen WhatsApp Business mesej blast

2. Kekalkan connection yang stabil untuk WABA anda

WhatsApp Business, juga dikenali sebagai WABA, didaftarkan dan digunakan oleh peniaga untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Beberapa perniagaan kecil atau syarikat dengan belanjawan terhad boleh menggunakan API WhatsApp tidak rasmi untuk menyiarkan mesej, tetapi banyak masalah sambungan mungkin akan berlaku. Selain itu, API WhatsApp tidak rasmi juga melanggar syarat WhatsApp dan mungkin menyebabkan masalah legal jika anda tidak membuat broadcasting messages melalui WhatsApp BSP. Ada juga beberapa penyedia API WhatsApp menggunakan REST API yang menarik permintaan HTTP untuk mengakses dan menggunakan data, tetapi ianya akan mengakibatkan kesalahan dengan lebih kerap.

Tidak seperti REST API biasa, SleekFlow menggunakan WhatsApp Business Platform Cloud API. Ini bermaksud bahawa pengguna boleh bergantung pada sumber percuma, kuat, selamat, dan boleh dipercayai daripada Meta dan skala dengan cepat ketika menggunakan WhatsApp Business.

3. Proses onboarding mudah dengan hanya 3 minit

SleekFlow’s team sebagai Penyedia Penyelesaian Perniagaan WhatsApp yang telah disahkan, sentiasa bekerjasama rapat dengan team WhatsApp Meta untuk melancarkan lebih banyak feature baharu di samping memastikan pelanggan kami menjadi orang yang pertama dalam industri untuk memperolehi faedah eksklusif ini. Proses onboarding yang mudah disesuaikan untuk memastikan bahawa pengguna SleekFlow dapat merasakan kelebihan menggunakan Whatsapp Business Platform dengan cepat dan cekap.

Features menarik yang akan datang

SleekFlow juga merancang untuk melancarkan lebih banyak features bagi WhatsApp Business Platform dalam masa terdekat untuk membantu perniagaan menjual dengan lebih baik melalui WhatsApp for Business:

  • Mesej produk: blok mesej interaktif (interactive message block) atau katalog tertanam (embedded catalog) untuk mempamerkan produk anda dan membolehkan pelanggan terlibat secara langsung dengan butang CTA

  • Tandakan mesej yang telah dibaca: uruskan perbualan pelanggan anda dengan mudah dengan menandakan mesej yang tidak penting sebagai mesej yang telah dibaca

  • Balas mesej pelanggan: balas mesej tertentu dari keseluruhan mesej teks untuk mengelakkan miscommunication dan memaksimumkan kecekapan

  • Tindak balas terhadap mesej dengan emoji: gunakan emoji dan bukannya teks ketika membalas mesej pelanggan untuk menjimatkan masa dan menjalin hubungan yang baik

Peningkatan penjualan yang disaksikan oleh pengguna SleekFlow sebahagian besarnya didorong oleh penggunaan WhatsApp. Integrasi dengan saluran pesanan popular yang lain dan perisian yang berkesan seperti Salesforce dan HubSpot juga digunakan bersama dengan WhatsApp Business Platform untuk mengisi perjalanan perdagangan sosial untuk perniagaan dengan lebih baik.

Integrasi dan sambungan WABA masih tidak stabil? Tukar ke SleekFlow hari ini.

Lebih daripada 2 bilion orang daripada lebih 180 negara menggunakan WhatsApp untuk berhubung dengan rakan, keluarga, dan perniagaan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai feature untuk mempercepat penjualan menggunakan WhatsApp Business API di SleekFlow sekarang.

Disyorkan untuk anda

Majukan perniagaan anda dengan SleekFlow

Mulakan secara percuma dan tingkatkan hubungan pelanggan anda.