Terbaharu di SleekFlow: HubSpot data sync untuk meningkatkan keberkesanan kerja

Terbaharu di SleekFlow: HubSpot data sync untuk meningkatkan keberkesanan kerja

kesalahan atau kesalahan dalam pangkalan data. 

Apabila anda menghantar mesej kepada pelanggan, pernahkah anda menemukan kesukaran untuk mengakses data pelanggan dari HubSpot? Walaupun HubSpot merupakan satu tool yang sangat berkesan untuk pemasaran masuk, tetapi ia boleh menjadi sesuatu yang mencabar apabila sumber dari HubSpot diperlukan di channel lain seperti WhatsApp kerana segala maklumat perlu dieksport dalam spreadsheet. Apabila berlaku sebarang pengeditan, ianya memakan masa yang lama dan menjadi kurang efisien apabila data perlu dimasukkan semula, diubah, dan dieksport lagi. Risiko untuk berlakunya kesilapan dan kesalahan dalam pangkalan data juga adalah besar.

CRM Sosial untuk Keperluan Penjagaan Pelanggan

Kami memahami bahawa social commerce yang sangat bergantung pada chat merupakan suatu perkara yang sangat baharu bagi kebanyakan peniaga. Membina hubungan yang baik dengan pelanggan baharu di WhatsApp, Instagram, atau pada platform-platform sosial yang lain mungkin bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, SleekFlow telah membuat lebih banyak integrasi CRM supaya anda boleh berinteraksi dengan pelanggan sedia ada yang setia dengan perniagaan anda melalui aplikasi pesanan segera.

Di SleekFlow, anda kini dapat membuat HubSpot contact syncing  untuk memastikan semua suntingan dapat dikemas kini secara serentak. Dengan langkah yang mudah, anda dapat synckan data pelanggan anda di HubSpot dan SleekFlow dalam beberapa minit sahaja. Kemudian, anda dapat menarik data dari HubSpot dengan mudah dan seterusnya dapat melaksanakan strategi perdagangan sosial anda dengan integrasi HubSpot WhatsApp, integrasi Facebook HubSpot, integrasi HubSpot Shopify, dan lain-lain lagi.

Tidak lama lagi, SleekFlow juga akan melancarkan rangkaian tool yang membolehkan pedagang mengakses conversations, aliran kerja atau workflow dan analitik di SleekFlow dari HubSpot. Ini adalah untuk memastikan anda dapat memantau kemajuan setiap team, perincian pelanggan, dan dapat membuat keputusan yang paling sesuai untuk perniagaan anda.

Bagaimanakah cara untuk syncing Hubspot contacts di SleekFlow?

Secara keseluruhannya, proses untuk synckan kenalan SleekFlow dan HubSpot hanya mengambil masa 15 hingga 20 minit sahaja. Pertama, pilih butang ‘Tambah’ yang menghubungkan ke HubSpot di bawah ‘Saluran’ di SleekFlow. Selepas itu, anda perlu memberikan kebenaran kepada SleekFlow untuk mengakses sumber HubSpot dan pilih akaun HubSpot yang ingin anda sambungkan.

Cara menyambungkan Hubspot dan SleekFlow

Ini adalah cara untuk membuat sync antara hubungan dua hala, jadi anda boleh mengkonfigurasi bentuk hubungan di SleekFlow dan HubSpot.

Berikutan dengan itu, anda boleh memetakan pengguna akaun SleekFlow dan HubSpot supaya diselaraskan untuk memastikan segala pengedaran kerja di antara rakan sepasukan jelas merentasi semua saluran.

Cara Memetakan Pengguna HubSpot dan SleekFlow

Untuk memberi tumpuan kepada kumpulan pelanggan tertentu di SleekFlow, anda juga boleh menyediakan penapis untuk synckan kenalan terpilih ke SleekFlow.

Mulai sekarang, segala sejarah pesanan, sejarah penyemakan imbas, komunikasi e-mel, dan banyak lagi dapat diambil dari peti masuk omnichannel SleekFlow.

Sambungkan HubSpot CRM anda ke SleekFlow sekarang.

Tentang ‘Terbaharu di SleekFlow’

‘Terbaharu di SleekFlow’ adalah siri yang memperkenalkan ciri terbaharu SleekFlow yang dikembangkan berdasarkan maklum balas pelanggan. Baharu di SleekFlow? Mulakan dengan mendaftar ke akaun perniagaan atau menempah demo dan berbincang dengan pakar kami untuk melihat bagaimana jenama anda dapat berkembang maju dengan perdagangan sosial! 

Anda mempunyai permintaan feature di SleekFlow? Kirimkan idea anda dengan mengisi borang ini.

Sekiranya anda merupakan pelanggan SleekFlow yang sentiasa ada bersama kami, kami sangat menghargai ulasan ringkas di sini berdasarkan pengalaman anda setakat ini!

Ketahui kemas kini produk kami sebelumnya di Salesforce contact sync di sini.

Disyorkan untuk anda

Majukan perniagaan anda dengan SleekFlow

Mulakan secara percuma dan tingkatkan hubungan pelanggan anda.